Tengoklah kuasa Allah bagaimana IA dengan kemegahannya menemukan kami. Sama pergi umrah. Kelihatan di situ gambar ana di kaki bukit Arafah tangga ke tiang jabal Rahmah. Putih bersegi tajam itu. Disitulah tempat Allah menemukan Adam dan Hawa. Bagai berjanji jika ana pulang dari berdoa di Arah maka tahun kemudiannya isteri ana pula dan mimpi pada waktu asar di hotel BAHAUDDIN Madinah tambah meyakinkan dan menguatkan bahawa beliaulah jodoh ku yang telah dipilihkan oleh Allah. Sesungguhnya tuhan ku tiada lalai dan IA sungguh mempunyai kurnia yg luas kepada manusia. Cuma manusia yang terkadang gagal atau jarang berterimakasih.
Buat isterikku, mudah=mudahan ada hikmat dan kukuh hendak dengan izin dan pertolongan dan pertahanan Allah terhadap anak cucu keturunan kita sehingga Hari Kiamat. Mudah-mudahan mereka terpelihara dan tidak tergolong dlm golongan orang-orang yang dibenci tuhan. Subhanallah Ya Salam Asy Syakur Ya Allah ya Rabbi Ya Maula.